Sunday, May 3, 2009

ASMUM bersama PASUM


Sebahagian peserta yang mengikuti Forum ASMUM bersama PASUM


Dengan kesedaran dan kebertanggungjawaban terhadap satu-satunya matrikulasi dalam UM , maka ASMUM telah mengadakan satu program dalam bersama-sama membantu adik-adik Asasi Sains ( PASUM) dibidang akademik. Dua objektif utama program ini ialah:

· Membantu menambahkan kefahaman mata

pelajaran Fizik kepada pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains UM.

· Memberi pendedahan pengambilan bidang-bidang pengajian oleh w

akil-wakil dari persatuan-persatuan terpilih.



Program yang dijalankan pada 18,23, 25 dan 28 Mac 2009 adalah manifestasi daripada rasa prihatin warga ASMUM terhadap adik-adik PASUM. Kelas fizik yang merupakan kelas wajib bagi semua kursus termasuk yang mengambil sains hayat menjadi perintis untuk program ini yang dilaksanakan pada 18,23 dan 25 Mac 2009. Kelas ini diajar oleh pelajar fakulti sains yang mengambil jurusan fizik yang juga merupakan bekas pelajar PASUM iaitu saudara Raqib, Saudara Mujahid dan Saudari Iftitah. Terima kasih atas kesanggupan anda dalam memberi sedikit input buat adik-adik PASUM.


Majlis Tertinggi ASMUM turut hadir memeriahkan lagi majlis


Program ASMUM bersama PASUM mendapat kerjasama sangat baik daripada pentadbiran PASUM terutamanya daripada pengarah PASUM sendiri Assoc. Prof Azilah Abd. Rahman yang memberi sokongan penuh termasuk di sudut kewangan.


Sebahagian peserta sebelum bermulanya majlis

Program kelas Fizik ini diadakan di ADK 1 ambang asuhan jepun bermula jam 8.15 malam sehingga jam 10 malam.Sambutan luar biasa diberikan oleh adik-adik PASUM walaupun ketika `study week`. Acara mega iaitu forum diadakan pada 28 Mac. Atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan, tentatif program terpaksa diubah. Program dimulai dengan ucapan dan nasihat dari ketiga-tiga YDP ASMUM,AKIUM dan PSIPUM.


Kemudian majlis diteruskan dengan latihan dalam kumpulan (LDK). Pelbagai pertanyaan dilontarkan kepada Fasi-fasi bagi setiap kumpulan tentang kursus-kursus yang menjadi pilihan mereka. Program separuh hari ni, cukup bermakna buat warga kerja ketiga-tiga persatuan dalam memberi sedikit input berguna kepada adik-adik yang bakal memasuki alam kampus nanti. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya.





Terima kasih tidak terhingga buat Persatuan Siswa/siswi Islam Perubatan UM (PSIPUM) yang diberi tanggungjawab sebagai unit Multimedia dan Angkatan Kejuruteraan Islam UM (AKIUM) yang menjalankan tanggungjawab sebagai Unit makanan dengan jayanya.
Tahniah juga tidak terhingga buat semua ahlijawatankuasa program ini, MT serta seluruh warga kerja yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Moga Allah membalas dengan sebesar-besar nikmatnya. Sekian.


Dari kanan: Saudara Faruqi (YDP AKIUM), saya dan Saudara Ismail ( YDP PSIPUM)


Oleh: Muhammad Zulkamal Safi`n ( YDP ASMUM)


P/S: Gambar kelas fizik tak dapat diletakkan disebabkan masalah teknikal.Harap maaf.