Sunday, May 3, 2009

ASMUM bersama PASUM


Sebahagian peserta yang mengikuti Forum ASMUM bersama PASUM


Dengan kesedaran dan kebertanggungjawaban terhadap satu-satunya matrikulasi dalam UM , maka ASMUM telah mengadakan satu program dalam bersama-sama membantu adik-adik Asasi Sains ( PASUM) dibidang akademik. Dua objektif utama program ini ialah:

· Membantu menambahkan kefahaman mata

pelajaran Fizik kepada pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains UM.

· Memberi pendedahan pengambilan bidang-bidang pengajian oleh w

akil-wakil dari persatuan-persatuan terpilih.



Program yang dijalankan pada 18,23, 25 dan 28 Mac 2009 adalah manifestasi daripada rasa prihatin warga ASMUM terhadap adik-adik PASUM. Kelas fizik yang merupakan kelas wajib bagi semua kursus termasuk yang mengambil sains hayat menjadi perintis untuk program ini yang dilaksanakan pada 18,23 dan 25 Mac 2009. Kelas ini diajar oleh pelajar fakulti sains yang mengambil jurusan fizik yang juga merupakan bekas pelajar PASUM iaitu saudara Raqib, Saudara Mujahid dan Saudari Iftitah. Terima kasih atas kesanggupan anda dalam memberi sedikit input buat adik-adik PASUM.


Majlis Tertinggi ASMUM turut hadir memeriahkan lagi majlis


Program ASMUM bersama PASUM mendapat kerjasama sangat baik daripada pentadbiran PASUM terutamanya daripada pengarah PASUM sendiri Assoc. Prof Azilah Abd. Rahman yang memberi sokongan penuh termasuk di sudut kewangan.


Sebahagian peserta sebelum bermulanya majlis

Program kelas Fizik ini diadakan di ADK 1 ambang asuhan jepun bermula jam 8.15 malam sehingga jam 10 malam.Sambutan luar biasa diberikan oleh adik-adik PASUM walaupun ketika `study week`. Acara mega iaitu forum diadakan pada 28 Mac. Atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan, tentatif program terpaksa diubah. Program dimulai dengan ucapan dan nasihat dari ketiga-tiga YDP ASMUM,AKIUM dan PSIPUM.


Kemudian majlis diteruskan dengan latihan dalam kumpulan (LDK). Pelbagai pertanyaan dilontarkan kepada Fasi-fasi bagi setiap kumpulan tentang kursus-kursus yang menjadi pilihan mereka. Program separuh hari ni, cukup bermakna buat warga kerja ketiga-tiga persatuan dalam memberi sedikit input berguna kepada adik-adik yang bakal memasuki alam kampus nanti. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga dilaksanakan dengan jayanya.





Terima kasih tidak terhingga buat Persatuan Siswa/siswi Islam Perubatan UM (PSIPUM) yang diberi tanggungjawab sebagai unit Multimedia dan Angkatan Kejuruteraan Islam UM (AKIUM) yang menjalankan tanggungjawab sebagai Unit makanan dengan jayanya.
Tahniah juga tidak terhingga buat semua ahlijawatankuasa program ini, MT serta seluruh warga kerja yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.Moga Allah membalas dengan sebesar-besar nikmatnya. Sekian.


Dari kanan: Saudara Faruqi (YDP AKIUM), saya dan Saudara Ismail ( YDP PSIPUM)


Oleh: Muhammad Zulkamal Safi`n ( YDP ASMUM)


P/S: Gambar kelas fizik tak dapat diletakkan disebabkan masalah teknikal.Harap maaf.

Sunday, April 5, 2009

Kelas Terakhir WIMAS~~!

Tarikh: 10 April 2009

Tempat: D112
(Jabatan Kimia Fakulti Sains)

Masa: 1230 pm

Jemputan: PUAN MASTURA a.k.a KAK MAS
(Pengarah NISA' Malaysia)

Tajuk: WANITA dan EMOSI


JANGAN KETINGGALAN~~!

Thursday, March 19, 2009

Sains Islam vs. Sains Barat

Islam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, "Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience." Ia bermaksud, "Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif."

Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui analisis serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.

Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, "Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia." Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.

Keterbatasan Sains

Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20,

"Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini."

Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.

Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa "sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains." Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.

Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.

Matlamat dan Metodologi Sains

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah. Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud,

"Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta."

Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, "Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta." Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.

Untuk mencapai matlamat ini metodologi yang digunakan perlulah betul. Sains berkonsepkan tauhid melahirkan metodologi atau pendekatan yang mengambil kira syariat. Kepatuhan kepada syariat tidak menghalang kreativiti dan inovasi kerana kebebasan untuk mengkaji telah pun diberikan Islam berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, "Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu." Yang dituntut ialah kepatuhan kepada prinsip-prinsip syariat yang akan mencantikkan sains. Sebagai contoh syariat mengutamakan nyawa manusia. Justeru kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud,

"Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah.

Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama. Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom, kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.

Justeru, kepatuhan kepada syariat adalah penting agar sains tidak terbabas daripada landasan kebenaran dan kesejahteraan.

Sumber artikel : www.danialzainalabidin.com


Friday, February 20, 2009

WIMAS,'Madu di Bibirmu'

Kusyuk nyer...

Cik Maziah,Pengarah WIMAS merangkap MC majlis

Kak Shahidra binti Abdul Khalil pelajar Phd di jabatan fiqh dan usul, Akademi Pengajian Islam


20/02/09,WIMAS'09 buat kali kedua telah diadakan di DK1, Fakulti Sains UM pada jam 12.30-1.30p.m. Alhamdullillah, program yang berobjektif untuk memperbincangkan masalah Fiqh seharian wanita Islam, selain menyampaikan mesej kepada semua mengenai peranan sebenar wanita di dalam Islam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan samada dari kalangan pelajar, pensyarah dan staf-staf pejabat amnya.

Tajuk yang diulas pada sesi kali ini adalah 'Madu di Bibirmu',oleh Ustazah Shahidra binti Abdul Khalil pelajar Phd di jabatan fiqh dan usul, Akademi Pengajian Islam membawakan satu konsep wanita adalah penenang dalam segala situasi. Oleh sebab itu, wanita dipilih oleh Allah untuk memikul tanggungjawab kiri kaum adam. Sebagai khalifah, wanita bertanggungjwab mentadbir bumi dan memimpin manusia ke jalan yang benar. wanita juga berperanan menyelamatkan generasi akan datang dari segala kekotoran dan kejahatan dunia. Pada jam 1.30,program bersurai selepas makan tengahari di Dataran Kimia.


Justeru, kepada semua warga fakulti sains dan juga seluruh warga Muslimah Universiti Malaya anda amat dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis iLmu ini pada sesi yang seterusnya pada 6th dan 20th Mac2009.

Monday, February 16, 2009

SANTAI09~TAMAN TASIK PERDANA

Pada 14 Jan 09, ASMUM telah mengadakan SANTAI'09 di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Rehlah ini merupakan rehlah kali ke-2 bagi ASMUM. Seramai 18 orang Ahli ASMUM,13 lelaki dan 5 orang perempuan dan 10 orang senior-senior yang telah tamat belajar mahupun yang sedang menyambung Master yang bertindak sebagai 'master mind', telah menghadiri rehlah ini.

Antara objektif utama rehlah ini diadakan adalah bagi merapatkan hubungan diantara ahli ASMUM sendiri. Program bermula jam 9.30pagi dengan senaman ringkas, setelah kami sama2 bersarapan. Kemudian diikuti Treasure Hunt yang sangat menyeronokkan di sekitar Taman Tasik Perdana sehingga jam 12 tengahari, dan diikuti makan tengahari.

Program diteruskan pada jam 4.00petang ,kami sama2 bermain bowling di Mid Valley!!


First task sebelum treasure hunt~membuat bendera and get prepare!!gr..gr..

gaduh ker??x berdose budak tuh!!~~hehe
walaupun akak2 fesi ni comel dan cute..tapi kakak2 fesi nilah,yang menyebabkan kami tak pakai kasut dan pakai baju surat kabar pusing Taman Tasik Perdana...hehe

aduhai sibuk nya...masing2 sedang menyibukkan diri masing2~~

peace!!!


aiseh! penat nye....


(^_~)...!!


midValleY..




Wednesday, February 11, 2009

WIMAS'09

Program terbaru ASMUM ;

WIMAS '09
(Kelas Wanita Islam dan Masalah Seharian)

Berita baik kepada semua ahli ASMUM dan juga seluruh warga Muslimah di Fakulti Sains khususnya, ASMUM sedang menganjurkan program berkala iaitu pada setiap hari Jumaat jam 12 tengah hari. Kelas akan diadakan selama 2 kali dalam sebulan sehingga bulan April 2009. Kelas pertama telah bermula pada 6 Februari yang lepas di Surau Perempuan Jabatan Sains & Teknologi.

Antara objektif utama kelas ini adalah untuk memperbincangkan masalah Fiqh seharian wanita Islam selain menyampaikan mesej kepada semua mengenai peranan sebenar wanita di dalam Islam.

Kelas seterusnya akan diadakan pada Jumaat minggu hadapan (20 Februari 2009) dan dijangka akan diadakan di Bilik Seminar Jabatan Sains & Teknologi (BSJ). Walaubagaimanapun, tempat masih di dalam perancangan.

Justeru, kepada semua warga fakulti sains dan juga seluruh warga Muslimah Universiti Malaya anda amat dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis iLmu ini.


Wanita Solehah Pemangkin Ummah Cemerlang