Saturday, July 25, 2009

Menjana IQ Kreatif



Minda sedar dan minda bawah sedar yang kita miliki boleh dimaksimakan penggunaannya. Pada kali ini saya akan berkongsi teknik menggunakan kedua-dua pasang minda tersebut dengan cara yang kreatif. Ada 5 langkah praktikal:-


Sediakan sebuah buku impian anda. Senaraikan impian, matlamat dan cita-cita anda. Baiklah, sekarang anda telah pun memilih impian anda. Pastikan matlamat yang ditulis adalah jelas iaitu jika pendapatan bulanan nyatakan jumlahnya misalnya RM10 000 sebulan, jika berat badan ideal nyatakan misalnya 56kg atau jika kereta nyatakan jenisnya dan harganya. Senaraikan apa sahaja impian anda dan paling penting nyatakan apakah faedah dan sebab kepentingan nilaian bahawa anda mesti memiliki impian anda. Tanpa sebab yang kukuh minda anda tidak dapat beroperasi secara sepenuhnya. Untuk memantapkan impian anda maka carilah gambar impian anda yang bersesuaian, cerita contoh kejayaan model yang anda minati atau kata-kata yang ada kaitan dengan impian anda. Tampalkan dalam buku impian anda seperti buku skrap. Tujuannya adalah setiap hari terutamanya sebelum tidur atau bangun dari tidur anda dapat tatapi buku impian anda. Seelok-eloknya tataplah ia 5 kali sehari.


Fokus dan berikan penumpuan pada setiap satu impian anda.

a) Apabila fokus anda jelas, kemukakan selalu soalan BAGAIMANA CARA anda ingin jadikan impian anda satu kenyataan.

b) Tuliskan dan senaraikan apa sahaja idea langkah-langkah yang akan anda lakukan. Jangan buat apa-apa penilaian dahulu. Cuma tulis sahaja sama ada logik atau tidak apa sahaja yang terlintas di fikiran.

c) Dapatkan ilmu pengetahuan atau bertanya dengan orang yang telah berjaya mencapai impian yang sama seperti yang anda impikan. Sertai seminar, baca majalah, buku, dengar audio tentang bagaimana orang-orang yang telah berjaya capai impian mereka. Anda boleh tiru cara mereka. Duplikasikan.

d) Senaraikan apa yang anda miliki dari segi sumber, ilmu, modal dan apa yang anda perlu ada dan senaraikan halangan-halangan yang dijangka dan cuba cari penyelesaiannya.

Anda perlu berada di dalam minda alpha. Lakukan meditasi, kosongkan minda dan biarkan minda anda terapung untuk penerokaan potensi diri. Biarkan minda anda mencari penyelesaian terhadap permasalahan dan halangan. Dalam keadaan sedar, sentiasa tanya Bagaimana... bagaimana... bagaimana? Guna 5 pancaindera dan pancaindera yang ke 6 (Sixth sense) -rasa gerak hati pada persekitaran anda bagi menghidu peluang yang ada di sekeliling anda dan bagi menemui jawapan-jawapan permasalahan dan halangan mencapai impian anda. Anda pasti akan menemui jawapannya yang telah disediakan oleh Allah.


Raptai minda. Gambarkan dengan sejelas-jelasnya dalam minda anda bahawa anda 'telah' dan sedang menikmati kejayaan-kejayaan anda. Lihatlah diri anda, dengarkan suara-suara kejayaan dan rasakan getaran emosi positif akan kegembiraan yang anda nikmati dengan rasa syukur dan berterima kasih dan jangan lupa dalam kegembiraan anda bayangkan juga sifat anda yang pemurah berkongsi kejayaan dengan orang lain di mana jika anda memiliki kejayaan anda amat gemar untuk menolong orang lain dengan pemberian dari anda kepada mereka. Amalkan sentiasa pada raptai minda anda supaya anda boleh menarik persekitaran tersebut dalam kehidupan seharian anda.


Langkah yang paling penting ialah lakukan apa sahaja yang telah anda rancang dan pelajari. Aplikasikan dalam kehidupan sebenar. JIka anda masih belum berjaya cari maklum balas dari penilaian sendiri atau dari orang lain yang ahli atau pakar dalam bidang yang anda ceburi dan lakukan berulang kali berdasarkan maklum balas tersebut sehingga anda mencapai impian anda. Apapun tindakan anda yang pastinya anda mesti berdoa dan terus berdoa sambil berusaha dan bertawakallah pada Allah.



www.iLuvislam.com

No comments: