Monday, November 7, 2011

Penyusuan Susu Ibu : Antara Teori Saintifik & Panduan Islam


Bismillahirahmanirahim...






“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kamu kembali” – Surah Luqman : ayat 14

Saya cukup tertarik dengan penulisan dari Majalah i yang bertajuk “Penyusuan Susu Ibu : Antara Teori Saintifik & Panduan Islam”. Siapa sangka penyusuan susu ibu kepada si bayi dan tempoh 2 tahun itu memberikan satu penjelasan yang cukup sempurna untuk kita lebih mempercayai kekuasaan Allah S.W.T.

Susu ibu, bukanlah sesuatu yang diformulakan oleh manusia. Menurut penulisan dari majalah tersebut, kajian saintifik membuktikan yang susu ibu itu sendiri memberikan banyak zat dan manfaat kepada si comel. Antara yang disebutkan, kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.

“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

Menarik kan.. Bayangkan muslimin muslimat, manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Satu lagi fakta menarik yang saya dapati dari majalah ini, satu penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Hmm.. Jadi, untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu suatu hari nanti, fakta ini pasti berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini..

Mungkin setakat ini dahulu dapat saya simpulkan dari pembacaan saya, dan saya percaya anda berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang hal ini.. Masih banyak lagi belum saya nyatakan kerana kekangan waktu yang ada.. Saya mohon maaf sekiranya penulisan ini menyinggung perasaan sesiapa, hanya sekadar untuk berkongi.

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..

No comments: